Lirik:
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Pada masa kini,kita sering dengar akan hal pembuangan bayi di merata-merata tempat.Kita juga dapat membaca berita pembuangan bayi di surat khabar sejak kebelakangan ini.Adakah anda tahu mengapakah hal ini terjadi sebegitu teruk?
Perkara ini terjadi secara berperingkat-peringkat.Ianya bermula dengan pertemuan dua orang lelaki dan perempuan di satu tempat yang terbuka seperti di sekolah,di taman perumahan dan sebagainya.
Kemudian,mereka ini pun mula tapak demi tapak,iaitu bermesej-mesejan.Merwka bermesej kerana hendak berbincang tentang pelajaran.Kemudian,timbul rasa cinta terhadap satu sama lain sejak beberapa kali bermesej-mesejan itu berterusan.
Apabila timbul rasa cinta,mereka pun mula tapak yang seterusnya,iaitu berjumpa di tempat yang tersembunyi seperti di bandar atau lorong-lorong kecil di celah-celah bandar.Setelah mereka kerap berjumpa di tempat-tempat yang dinyatakan tadi,mereka mula melaksanakan agenda tersembunyi mereka..
Mereka menempah bilik di hotel-hotel atau pergi ke rumah yang tidak dikunci,lalu mereka dengan tidak malunya,melaksanakan perbuatan 'terkutuk' itu.Ketika itu,Arasy bergegar kuat tatkala perbuatan mereka itu.Malaikat menuliskan amalan mereka ketika 'adengan' itu.Allah S.W.T mula murka terhadap mereka.
Setelah mereka selesai dengan 'agenda' mereka,mereka pun berpisah ke rumah masing-masing.Setelah beberapa bulan berlalu,si perempuan ini mula muntah-muntah.Dia telah menyedari bahawa dia telah mengandung.Dia mula runsing,tidak tahu hendak buat apa.Dia mula menelefon si lelaki ini dan lelaki ini memberitahu "Bukan aku punya hal,anak kau yang kandung,kau kena tanggung".Si perempuan ini mula menangis teresak-esak mengenang kejdian yang baru berlaku itu.Dia mula menyesal dengan perbuatannya..
Setelah sembilan bulan mengandung,sudah tiba untuk bersalin.Si perempuan ini bersalin di tempat yang sunyi,lalu meninggalkan bayi yang dilahirkan itu di tempat yang hina,jijik,kotor!Bayi yang tidak tahu apa-apa tentang dunia ini,mula ditinggalkan si ibunya.Ibu berkata pada bayi ini,"Anakku,maafkan ibu kerana meninggalkan kamu di sini."Lalu si ibu ini berlari tanpa menoleh ke arah bayinya yang sedang menangis kerana mengharapkan ehsan seorang ibu.Bayangkan para pembaca yang dihormati!!!!
Itulah kisahnya yang dikaitkan dengan tajuk ini.Zina semakin berleluasa pada masa kini.Oleh itu,ingatlah!!Berfikir sebelum melakukan sesuatu
