Thursday, December 2, 2010

Perbuatan Zina Yang Berleluasa Pada Masa Kini



Lirik:
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina







Pada masa kini,kita sering dengar akan hal pembuangan bayi di merata-merata tempat.Kita juga dapat membaca berita pembuangan bayi di surat khabar sejak kebelakangan ini.Adakah anda tahu mengapakah hal ini terjadi sebegitu teruk?

Perkara ini terjadi secara berperingkat-peringkat.Ianya bermula dengan pertemuan dua orang lelaki dan perempuan di satu tempat yang terbuka seperti di sekolah,di taman perumahan dan sebagainya.

Kemudian,mereka ini pun mula tapak demi tapak,iaitu bermesej-mesejan.Merwka bermesej kerana hendak berbincang tentang pelajaran.Kemudian,timbul rasa cinta terhadap satu sama lain sejak beberapa kali bermesej-mesejan itu berterusan.

Apabila timbul rasa cinta,mereka pun mula tapak yang seterusnya,iaitu berjumpa di tempat yang tersembunyi seperti di bandar atau lorong-lorong kecil di celah-celah bandar.Setelah mereka kerap berjumpa di tempat-tempat yang dinyatakan tadi,mereka mula melaksanakan agenda tersembunyi mereka..

Mereka menempah bilik di hotel-hotel atau pergi ke rumah yang tidak dikunci,lalu mereka dengan tidak malunya,melaksanakan perbuatan 'terkutuk' itu.Ketika itu,Arasy bergegar kuat tatkala perbuatan mereka itu.Malaikat menuliskan amalan mereka ketika 'adengan' itu.Allah S.W.T mula murka terhadap mereka.

Setelah mereka selesai dengan 'agenda' mereka,mereka pun berpisah ke rumah masing-masing.Setelah beberapa bulan berlalu,si perempuan ini mula muntah-muntah.Dia telah menyedari bahawa dia telah mengandung.Dia mula runsing,tidak tahu hendak buat apa.Dia mula menelefon si lelaki ini dan lelaki ini memberitahu "Bukan aku punya hal,anak kau yang kandung,kau kena tanggung".Si perempuan ini mula menangis teresak-esak mengenang kejdian yang baru berlaku itu.Dia mula menyesal dengan perbuatannya..

Setelah sembilan bulan mengandung,sudah tiba untuk bersalin.Si perempuan ini bersalin di tempat yang sunyi,lalu meninggalkan bayi yang dilahirkan itu di tempat yang hina,jijik,kotor!Bayi yang tidak tahu apa-apa tentang dunia ini,mula ditinggalkan si ibunya.Ibu berkata pada bayi ini,"Anakku,maafkan ibu kerana meninggalkan kamu di sini."Lalu si ibu ini berlari tanpa menoleh ke arah bayinya yang sedang menangis kerana mengharapkan ehsan seorang ibu.Bayangkan para pembaca yang dihormati!!!!

Itulah kisahnya yang dikaitkan dengan tajuk ini.Zina semakin berleluasa pada masa kini.Oleh itu,ingatlah!!Berfikir sebelum melakukan sesuatu

Wednesday, December 1, 2010

Cinta

Cinta.Fitrah manusia,Perlu digunakan dgn sebaik-baiknya,kalau tidak,ianya akan menguasai kita,seterusnya akan merosakkan dan menyebabkan kita terjebak ke lembah kehinaan..

Bercinta itu juga boleh asalkan ianya digunakan dgn sebaik-baiknya,tidak digunakan seperti duduk berdua-duaan,bermesej,itu akan menyebabkan kita dimurkai Allah,seterusnya tidak dilimpahi rahmat yang mulia..


'Mengapa kita tak boleh bercinta pada masa ini?'

Mungkin ada yang bertanya soalan yang seperti di atas..Bukannya tidak boleh,cuma kita kena menggunakan cinta itu dengan sebaiknya.Ada yang pada masa sekolah rendah pun dah mula bercinta,mmg tidak dinafikan,kan?

Tetapi ada sesetengahnya yang meyalahgunakan cinta,bahkan untuk membuktikan cinta sejati sehingga sanggup menggadaikan maruah seseorang,khususnya perempuan.Itu sudah menyebabkan kemurkaan Allah datang kepada kita,maruah tergadai,satu kampung kecoh dengan kehadiran 'orang yang tidak dijemput',dan seterusnya mengecewakan ibu bapa kita.

Adakah kita hendak seperti perkara tersebut terjadi dalam kehidupan kita?Semestinya tidak.Oleh itu hendaklah mempergunakan cinta yang dikurniakan Allah ke arah jalan yang benar dan diredhai Allah...